Isnin, 12 Disember 2011

BN SABAH DALAM BAHAYA


ANGIN dari negeri bawah bayu Sabah membawa aroma yang tidak menyenangkan kedudukan Barisan Nasional dan dari tentangan secara senyap sudah mula menjadi terbuka begitu luas apabila kepimpinan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah mula dipertikaikan.


Kemelut kepimpinan yang sedang berlaku di Sabah ketika ini kalau tidak ditatang secara berhemah dan bertanggungjawab untuk survival parti yang bukan sahaja di Sabah tapi tempiasnya bakal menimpa Semenanjung memungkinkan kerajaan pimpinan Najib ketika ini akan runtuh menyembah bumi sebelum PRU13.



Sudah ada tanda-tanda beberapa orang wakil rakyat akan meninggalkan UMNO Sabah kerana sudah mulai merasa bosan dengan karenah kepimpinan Musa Aman sebagai Ketua Menteri dan didakwa Musa Aman mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri yang mempunyai kerenggangan hubungan dengan semua kepimpinan komponen di Sabah terutama sekali dari kaum Cina.



Ada yang mendakwa Musa Aman memimpin Sabah secara bersendirian tanpa mengambil kira oandangan ahli parti,wakil rakyat dan juga komponen dan sikap serta kepimpinan Musa Aman ini meletakkan UMNO Sabah dalam keadaan yang cukup bahaya untuk kedudukan kerajaan Barisan Nasional secara keseluruhannya.



Dan adakah Peristiwa 1985 akan berulang kembali?Tetapi kalau dilihat pada senario yang sedang berlaku sekarang ini bukan lagi melibatkan Kuala Lumpur-Sabah,senario kali ini hanyalah tertumpu rasa kurang senang ataupun kebencian yang amat sangat pada kepimpinan Musa Aman.Kepimpinan beliau sudaj mula dilihat tidak relevan lagi dalam politik Sabah hari ini.
Pada mulanya riwayat politik Musa Aman diramal akan berakhir setelah PM Najib mengambil alih dari Pak Lah pada April 200 kerana Musa dilihat orang Pak Lah (Tun) dan bukannya orang Najib kerana orang Najib di Sabah adalah Shafie Apdal dan kebetulan baru saja dipilih sebagai Naib Presiden Umno Musa-Shafie bagai retak menanti belah!Pada PRU 2008 Musa Aman menggugurkan pemimpin-pemimpin kanan Bajau terutama Salleh Keruak,Pandikar Amin Mulia dan Amir Kahar Tun Mustapha sedangkan Bangsa Bajau adalah pendokong utama UMNO di Sabah.



Pemimpin-pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin kanan pertubuhan USBO (Pertubuhan Bajau Sabah) memilih untuk bergabung dengan Shafie Apdal dengan melantiknya sebagai Penasihat USBO.



Kemelut kepimpinan Musa Aman didakwa semakin membarah.Musa dilihat ketika ini hanya menunggu masa untuk disingkirkan dari jawatan KM.



Musa Aman dikatakan bersengketa dengan bekas KM Sabah yang digantikannya Tan Chong Kah Kiat berikutan isu patung Ma'zu dan menjanjikan jawatan Senator kepada Presiden SAPP Yong Teck Lee tetapi telah mencadangkan nama lain dan kesannya Yong Teck Lee keluar dari gabungan Barisan Nasional Sabah serta mengheret keluar dua MP mereka untuk menjadi wakil Bebas di Parlimen.Musa Aman mula dikelilingi musuh iaitu dari kalangan pemimpin dan kepimpinan Bajau dan Cina.



Bagaimanapun Musa atas nasihat adiknya Anifah Aman menganjurkan kejohanan badminton BAKTI di Sabah dan ada yang mendakwa bahawa Musa menghadiahkan kawasan tanah kepada PERMATA yangg dilaporkan bernilai RM50juta.



Kesan daripada inilah Musa dikatakan mula mendapat tempat dalam circle Najib dengan menggunakan Rosmah Mansor sebagai talian hayatnya..Melihat keadaan itu, pemimpin USBO mula meninggalkan Shafie dan menyokong Musa.



Musa juga merapatkan hubungan dgn pemimpin KDM (Kadazan-Dusun-Murut) iaitu PBS yg merupakan seteru asal UMNO. Parti itu diberi 2 kuota jawatan Timbalan KM dan tindakan Musa Aman ini menimbulkan perasaan marah parti-parti komponen BN terutamanya LDP.Parti LDP melalui Tim Presiden secara terbuka mengistiharkan tidak lagi menyokong Musa Aman.
Pairin sedang menanti...Pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO juga tidak senang dengan dasar Pecah Perintah Musa Aman dan ada yang mlula melihat serta memberikan justifikasi bahawa jika Musa terus mengetuai UMNO-BN, Sabah mungkin hilang banyak kerusi Parlimen dan DUN di kawasan-kawasan Cina dan KDM yang anggap Musa lebih teruk dari Harris Salleh yang KDM pernah tumbangkan pada tahun 1985



Jika ini menjadi asas,Musa Aman ternyata silap. PBS tidak lagi sama dengan PBS semasa di luar BN. Sebaliknya KDM mula memilih parti-parti yang membawa isu-isu yang dekat dihati mereka seperti Isu Perkara 20, Royalti minyak dan otonomi Negeri Sabah.Maknanya KDM bila-bila masa bersedia untuk berpaling tadah..!



Kepimpinan Najib bakal menempa maut jika tidak menangani kemelut perbalahan kepimpinan Musa Aman dengan ahli-ahli parti di Sabah ketika ini malah seandainya Najib masih terbuai dengan pendekatan Musa hari ini,Barisan Nasional bakal kehilangan kuasa dan peramal politik meramalkan busung yang sedang bernanah dalam kepimpinan politik Musa sebagai Ketua Menteri akan pecah bila-bila masa.



Jangan PM Najib dilihat berjaya tampal luka di semenanjung tapi lupa tentang luka yang sedang berlaku di Sabah.

1 ulasan:

  1. Bagi saya, Musa berada pada tahap yg terbaik sekarang...

    Sokongan daripada pelbagai parti yg mewakili kaum2 di Sabah ke atasnya adalah besar...LDP sebelum ini nampak seperti rebellious...tapi akhirnya president parti itu, VK. Liew keluarkan kenyataan menyokong Musa...terus settle masalah..

    PBS yg mewakili KDM turut sama menyokong penuh Musa...

    USBO dibawah Salleh Tun Said lebih menyelebelahi Musa Camp...

    Persatuan Dewan Perniagaan Cina Sabah, FSM & persatuan2 lain yg berkaitan dengan kaum Cina turut banyak keluarkan kenyataan yg menyokong Musa...

    Pendek kata, PRU13 akan menyaksikan BN sabah, diketuai oleh Musa, akan menang besar lagi...

    Sabaheco

    BalasPadam