Khamis, 29 Disember 2011

MENGAPAKAH DATUK MUSBAH MEMBIARKAN ISU KELEWATAN SK TAMAU,KOTA BELUD




Inilah wajah terkini SK Tamau,yang 'gagal' disiapkan setelah 2 tahun berlalu. Di Mana Datuk Musbah dalam hal ini?


Isu kelewatan pembinaan SK Tamau belum menemui penghujungnya. sekalipun telah berlalu lebih 2 tahun daripada jangkaan awal ia disiapkan iaitu pada 2009,namun hingga kini dipenghujung tahun 2011 dan merangkak awal ke tahun 2012 di mana tinggal hanya kira-kira seminggu lagi sesi persekolahan akan bermula, bangunan baru Sk Tamau yang merangkumi 4 tingkat dengan 2 blok kelas pembelajaran,1 buah dewan serbaguna dan 1 blok kelas Pendidikan awal Kanak-kanak (prasekolah) serta sebuah kantin masih 'GAGAL' disiapkan oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan.


Beberapa kali isu ini dipublishkan dalam blog dan FCB serta suratkhabar,Berita Harian dan Borneo Post, namun hingga kini bangunan itu nampak hanya kiri-kira 80% yang berjaya disiapkan. Apa yang menjadi persaoalannya ialah SK Tamau ini adalah termasuk dalam Kawasan DUN TEMPASUK, dimana Datuk Musbah Hj Jamli adalah ADUN di kawasan ini, namun wakil rakyat itu bukan sahaja membiarkan isu kelewatan ini berlalu tetapi juga tidak ada tindakan susulan yang dilakukan termasuk menemui masyarakat setempat mengenai perihal isu berkenaan.


Datuk Musbah yang disinonimkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat kerana kerajinannya turun padang menemui masyarakat dalam majlis perkahwinan dan kematian, nampak gayanya,tidak menyantuni golongan anak-anak kecil yang memerlukan pendidikan sempurna dengan kelengkapan asas yang mencukupi termasuk kesempurnaan bangunan seperti yang berlaku kepada masyarakat setempat yang terlibat dan terpaksa menerima musibah atas kelewatan SK Tamau ini.


Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bahkan mengejutkan, bilamana bangunan SK Tamau ini mengalami kelewatan mencecah lebih 2 tahun. Datuk Musbah selaku wakil rakyat di kawasan ini seharusnya mengambil tindakan drastik dan tidak hanya tenggelam dalam projek Jepalang padi dan Aggropolitan yang diwar-warkan oleh beliau sebagai projek berimpak tinggi dengan mengatasi isu kemiskinan tegar di Kota belud. Apakah Datuk Musbah juga lupa bahawa Pendidikan juga adalah pembasmi kepada kemiskinan jangka panjang? Atau apakah Datuk Musbah sengaja membiarkan isu ini kerana beliau mengalami kekalahan pada PRU 12 yang lepas dalam peti undi Tamau.?


Jika benar tanggapan bahawa pada PRU 13 , Datuk Musbah bakal dicalonkan di kawasan Parlimen Kota Belud, rasanya akan ramai yang mempertikaikannya atas kemampuan dan kewibawaan Datuk Musbah mengatasi pelbagai masalah berderet puluhan ribu masyarakat Kota Belud. sedangkan Isu Kelewatan Sk Tamau ini pun, Datuk Musbah gagal mengatasinya, apakah pula akan berlaku kepada masalah di peringkat Parlimen nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan